Esgesee : Korean Fashion Online

Assalamualaikum



Alhamdullilah. Syukur kepada Allah kerana sekali lagi kita diberi peluang untuk bersua walaupun hanya di alam maya. Tanpa membuang masa, aku nak perkenalkan dengan anda semua salah sebuah kedai online yang baru aku discover minggu ini iaitu Esgesee.com. Esgesee.com adalah sebuah kedai online yang menjual pakaian wanita ala-ala Korea yang berkualiti tinggi dengan harga yang murah sama ada beli sehelai-sehelai mahupun belian borong. Terus terang aku cakap, sepanjang aku tertagih membeli barang online, Esgesee.com lah yang menawarkan harga paling murah berbanding kedai-kedai lain.

    


Selain daripada menawarkan harga yang murah, Esgesee.com juga memastikan pakaian yang dijual kepada pelanggan berkualiti tinggi yang mana mereka mempunyai pasukan yang berdedikasi serta berkemahiran tinggi dalam penghasilan pakaian. Hasilnya, pakaian yang dihantar kepada pelanggan adalah yang terbaik dan sangatlah sempurna tanpa cacat cela walaupun hanya satu lubang ataupun pertindihan jahitan sekalipun. Jadi, jangan ragu membeli belah di Esgesee.com okay.

Source Extracted from Esgesee
Satu lagi yang best dekat Esgesee.com adalah kemudahan yang disediakan mereka dari aspek pembayaran. Untuk pengetahuan anda, Esgesee.com turut menyediakan satu program pembayaran yang dikenali sebagai prepaid membership. Ini bermakna pelanggan boleh memasukkan sejumlah wang kepada Esgesee. Setelah itu, wang tersebut akan menjadi Esgesee prepaid. Apabila pelanggan ingin membeli, pelanggan tidak perlu lagi susah-susah ke bank or buat internet banking kerana sistem di dalam website Esgesee sudah menolaknya secara automatik daripada jumlah prepaid yang dimiliki oleh pelanggan. Senang kan? Untuk maklumat lanjut mengenai sistem ini, tengok sini : Fashion Reseller Agent and Membership

Source Extracted from Esgesee
Oh yea. Ada satu lagi yang buat aku terharu dengan Esgesee iaitu sikap mereka yang faham tentang keperluan dan trend di Malaysia dan kawasan sekitarnya. Seperti yang anda tahu, Malaysia adalah sebuah negara yang mana majoritinya didiami oleh kaum Melayu yang beragama Islam. Di dalam Islam, kaum wanita diwajibkan supaya berpakaian sopan (dalam kata lain menutup aurat). Di Esgesee, mereka telah menyediakan pelbagai design baju lengan panjang online yang cantik dan sopan.

Source Extracted from Esgesee
Pendek kata, Esgesee adalah kedai online yang memang wajib untuk anda kunjungi terutamanya pengemar fashion Korea mahupun kakak-kakak atau abang-abang yang terlibat dengan dropship. Tidak lupa juga website Esgesee selamat untuk dilayari bebas daripada virus, data privacy, online secure kerana mereka menggunakan ‘https’.

Laman web : https://esgesee.com/
Email : sale@esgesee.com atau esgesee@yahoo.com
Whatsapp/WeChat : 0125746790

CPUV Ke 34 - 37

Assalamualaikum

Minggu lepas dan minggu ini aku dapat 4 CPUV. CPUV ke 34 dan 35 adalah Win a 3 day 2 night trip to Macau manakala CPUV ke 36 dan 37 adalah dari Transitions Optical. Walaupun earning yang diberikan agak kurang memuaskan tapi aku nak mengucapkan terima kasih kerana sudi memberikan CPUV kepada aku. Aku sangat berharap agar masalah berkenaan dengan CPUV dapat segera diselesaikan supaya aku tak perlu beralih arah kepada Komli. Komli sudah memanggil. Heheh.


Personal : #Throwback Zaman Tinggal Di Asrama

Assalamualaikum


Dalam banyak-banyak keyword yang aku masuk ke dalam blog aku, yang ini yang membuatkan aku tertarik sekali. Ia buat aku terselap (teringat) dengan kampung halaman aku khususnya sekolah aku iaitu SMK Gedong. Ada kemungkinan ini kerja junior-junior yang baru masuk. Maybe ini my first student (murid-murid tahun 6 SK Abang Kadir yang nak masuk tingkatan 1 tahun depan). Mungkin mereka nak tinggal di asrama. Kot-kot nak survey dulu kawasan-kawasan panas dekat situ. Hahaha.

Kalau ikutkan pengalaman aku sebagai bekas student yang pernah menghuni asrama selama setahun atau setepatnya kira-kira 7 atau 8 bulan barangkali. Aku tak pernah lagi tengok hantu dekat asrama SMK Gedong. Sekali pun tak pernah. Tapi, oleh sebab aku penakut kadang-kadang aku jadi takut terutama bila aku limpas certain tempat. Lagi-lagi bila kawan-kawan aku yang nakal (sampai sekarang pun masih nakal) mula menakutkan aku dengan cerita fiksyennya yang seolah-olah benar.

Pertama, dekat kawasan dewan makan kan ada tangki air yang besar dan tinggi. Dalam banyak-banyak tempat, tempat tu paling aku takut sekali. Kalau aku berjalan, aku tak akan pandang sana. Kalau aku berjalan seorang-seorang pula, memang aku akan buka langkah seribu ala-ala Usain Bolt. Menurut cerita fiksyen kawan aku, dekat atas tu ada hantu. Rambut dia panjang. Suka terbang-terbang. Oh my god, time imagine pun aku dah rasa seram. Tak naklah cerita pasal tangki tinggi lagi.

Kedua, tandas dan bilik mandi asrama perempuan. Ada satu benda yang aku nak cerita khususnya kepada yang tak pernah tinggal di asrama. Kalau mandi kan, kami tak mandi kat dalam bilik mandi tau. Kami mandi kat sinki tempat basuh baju. Aku rasa kebanyakan budak asrama memang buat macam tu kan. Menurut cerita fiksyen kawan aku yang seorang lagi (budak iban), dekat tandas area hujung tu pernah berlaku kejadian budak perempuan melahirkan anak dan membuang bayi. Huhu.

Lepas tu, kamu semua tahu tak apa jadi? Aku escape dari asrama. Sanggup aku escape asrama gara-gara cerita macam tu. Bulan 8 kalau tak silap aku sebab menurut kawan aku tu, kejadian tu berlaku bulan 8. Lol. Aku tau cerita tu cerita fiksyen tapi bila ingat-ingat balik, sampai berpeluh-peluh badan (aku seorang yang jarang berpeluh). Then, ada satu yang paling teruk. Time tu aku tengah tidur. Tiba-tiba aku terbangun. Aku tengok kan semua orang tak ada dekat katil termasuklah cousin aku!

Lepas tu, aku bangun dan mengoncang pintu sekuat hati. Bila pintu terbuka, aku keluar berkaki ayam. Aku berlari macam dikejar anjing ke tangki tinggi. Lepas tu, aku tengok dewan makan gelap jak. Aku ingat ada fire drill tapi kenapa dewan makan gelap? So aku ambil keputusan balik semula ke asrama. Sampai jak dekat asrama semua orang tengok aku. Aik, bila masa jak ketulan-ketulan ini ada di asrama. Ramai lagi tu sebab mereka belum tidur lagi (time tu aku jenis yang tidur awal)

Rupa-rupanya, mereka memang ada dalam asrama tu sejak awal lagi. Aku jak yang tak nampak mereka. Terkebil-tebil jak mata mereka tengok aku goncang pintu, berlari macam orang gila pergi ke tangki tinggi. Arh, malunya ai. Mana nak letak muka. Rasa macam nak hantuk-hantuk jak kepala dekat dinding. Macam manalah aku boleh tak nampak mereka sedangkan merekalah yang tidur sebelah aku. Dekat lagi tu. Biasanya 1 katil seorang tapi kat bilik kami, 3 orang 2 katil. Baru best.

Aku sangat rekomen kamu semua tinggal di asrama. Di asrama, kamu semua boleh jimatkan duit tambang dan berdikari. Lepas tu, kamu semua akan dapat pengalaman baru dan dapat jumpa roommate yang pelbagai. Makan minum pun terjaga. Aku tak tahulah zaman sekarang tapi zaman aku dulu, kami diberi minum 5 kali sehari. Tunggu nak masukkan ke dalam perut jak. Ada study malam juga. Solat pun terjaga sebab kedatangan diambil. Nak ponteng? Tunggulah rotan dari ustad.

P/s sekarang aku dah tak guna perkataan korang lagi sebab aku ditegur lecturer time micro teaching hari tu. Hahah.